Watak-watak Slam Dunk

Lima pemain utama Sekolah Tinggi Shohoku

  • Sakuragi Hanamichi (桜木花道)
Tahun: PertamaTinggi/Berat: 188cm, 83kg -> 189.2cm, 83kgJersi Nombor: #10Posisi: Power forward (PF)Tarikh lahir: 1 AprilPersamaan dengan pemain realiti: Tim DuncanSuara: Takeshi KusaoCiri-ciri watak: Semasa awal siri ini, Hanamichi ialah seorang yang gagal dalam mengurat gadis-gadis dan sering ditolak (sebanyak 50 kali). Dia kemudian bertemu dengan Haruko (Hanamichi jatuh cinta serta-merta, walaupun Haruko menyukai Rukawa). Ini akhirnya menyebabkan dia menyertai pasukan bola keranjang Shohoku bersama-sama dengan Rukawa. Namun demikian dia tidak pernah bermain bola keranjang sebelum ini maka dia tidak dapat beraksi dengan baik walaupun dia mempunyai potensi yang bagus. Dia cuba untuk menarik perhatian Haruko ketika bermain dan sering menganggap dirinya sendiri sebagai bijaksana (dan sering berulang kali menyebut perkataan bijaksana). Ciri paling uniknya ialah rambut merah menyala. Dia juga dikenali sebagai mempunyai kemahiran bola keranjang yang lemah (dalam beberapaperlawanan rasmi pertamanya dia sering terkeluar kerana sering menyentuh pihak lawan [foul]) disamping kebolehan menyambut bola yang gagal masuk ke dalam jaring. Dia mencukur rambutnya selepas pasukan Shohoku tewas kepada Kainan. Permainan Hanamichi semakin bertambah baik sepanjang siri ini, dengan belajar cara memasukkan bola ke dalam jaring dengan betul (bersama Haruko), dengan Akagi dalam manyambut bola yang gagal masuk ke dalam jaring, dan belajar membuat 200 lompat berjaring dalam sehari. Belakangnya cedera sewaktu perlawanan menentang Sannoh dan dalam proses pemulihan diakhir siri ini.
  • Rukawa Kaede (流川楓)
Tahun: PertamaTinggi/Berat: 187cm, 75kgJersi Nombor: #11Posisi: Small forward (SF)Tarikh lahir: 1 JanuariPersamaan dengan pemain realiti: Kobe BryantSuara: Hikaru MidorikawaCiri-ciri watak: Kaede langsung tidak sama dengan Hanamichi - kacak, berkebolehan dalam bola keranjang, dan sangat dingin serta tidak berperasaan. Dia mula bertemu dengan Hanamichi sewaktu memukul sekumpulan samseng yang ingin memukul Hanamichi. Dia memandang rendah kepada Hanamichi dan menganggap Hanamichi sebagai seorang dungu dan sering memanggil Hanamichi sebagai Do-aho ("bodoh"). Hobinya yang lain adalah tidur malah boleh tertidur sewaktu menunggang basikal. Rukawa ingin menjadi pemain sekolah tinggi terbaik di Jepun. Dia tidak suka akan kekalahan dan sanggup mencuba apa sahaja untuk memastikan pasukan yang diwakilinya mencapai kemenangan. Dia menganggap Sendoh sebagai pencabar terhebatnya di Kanagawa sehinggalah dia bermain menentang Sawakita Eiji daripada Sannoh Teknikal semasa pusingan kedua peringkat kebangsaan. Akibat daripada kebolehannya bermain bola keranjang, Rukawa dipilih sebagai ahli pasukan bola keranjang Seluruh Jepun.
  • Miyagi Ryota (宮城リョータ)
Tahun: KeduaTinggi/Berat: 168cm, 59kgJersi Nombor: #7Posisi: Point Guard (PG)Tarikh lahir: 31 JulaiPersamaan dengan pemain realiti: Kevin JohnsonSuara: Yoku ShioyaCiri-ciri watak: Ryota ialah salah seorang kawan paling rapat dengan Hanamichi dalam pasukan bola keranjang Shohoku. Selepas beberapa salah faham yang hampir menyebabkan mereka menjadi musuh, dia memberitahu Hanamichi tentang hubungan cintanya yang mengecewakan (10 kali ditolak). Mereka akhirnya menjadi kawan baik (ini tidak bermakna mereka tidak bergaduh). Seperti Hanamichi, Ryota minat bermain bola keranjang kerana menyukai Ayako, pengurus pasukan Shohoku. Walaupun dia pendek untuk bermain bola keranjang, kepantasan yang dimilikinya dan cubaan memasukkan bola palsunya menjadikan dia salah seorang pemain terhebat Shohoku (tetapi sering hilang tumpuan jika Ayako memuji dia). Miyagi ialah point guard ketiga terbaik di Kanagawa iaitu selepas pemain Kainan, Shinichi Maki dan pemain Shoyo, Kenji Fujima. Dia menjadi kapten pasukan Shohoku di hujung siri ini.
  • Mitsui Hisashi (三井寿)
Tahun: KetigaTinggi/Berat: 184cm, 70kgJersi Nombor: #14Posisi Shooting Guard (SG)Tarikh lahir: 22 MeiPersamaan dengan pemain realiti: Mark PriceSuara: Ryoutarou OkiayuCiri-ciri watak: Sebelum menyertai Shohoku, Hisashi ialah seorang MVP di Sekolah Menengah Rendah Takeishi dan walaupun mempunyai peluang untuk menyertai sekolah-sekolah yang lebih baik (seperti Ryonan), dia memilih untuk ke Shohoku kerana jurulatih Shohoku, Anzai Mitsuyoshi yang merupakan sumber inspirasi dia. Anzai telah memberinya kekuatan untuk memenangi perlawanan akhir dalam peringkat menengah rendah. Namun demikian, kecederaan lutut yang dialaminya menganggu kerjaya bola keranjangnya. Dia mahu segera keluar daripada hospital untuk menyertai pasukan Shohoku tetapi kecederaan lututnya berulang. Hal ini mengakibatkan dia berdendam terhadap pasukan Shohoku dan menjadi ketua kumpulan samseng di Shohoku. Kumpulannya terlibat dengan pergaduhan terhadap Ryota kerana Ryota menjadi penggantinya dalam pasukan bola keranjang. Ryota mencederakan Mitsui dngan teruk tetapi ahli kumpulan Mitsui yang lain membelasah Ryota dengan teruk sehinggakan Ryota terpaksa menjalani rawatan pemulihan di hospital. Selapas itu, dia cuba membalas dendam terhadap pasukan itu (juga kerana knflik dengan Hanamichi dan Rukawa) tetapi dihentikan oleh kumpulan Hanamichi - Yohei, Takamiya, Ohkusu and Noma - yang bersama-sama dengan Norio (salah seorang daripada rakan Hisashi), mengaku bersalah memulakan pergaduhan bagi menyelamatkan pasukan Shohoku daripada digantung. Selepas itu Mitsui menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak bergaduh lagi. Dia terbukti sebagai penyelamat pasukan dan dikenali sebagai pakar jaringan tiga mata.
  • Akagi Takenori (赤木剛憲)
Tahun: KetigaTinggi/Berat: 197cm, 90kgJersi Nombor: #4Posisi: Center (C)Tarikh lahir: 10 MeiPersamaan dengan pemain realiti: Patrick EwingSuara: Kiyoyuki YanadaCiri-ciri watak: Abang kepada Haruko. Akagi juga adalah kapten pasukan bola keranjang Shohoku. hanamichi sering memanggil di sebagai "Gori" kerana bentuk fizikalnya yang menyerupai gorila. Sebagai seorang yang serius dan berdisiplin, impiannya adalah untuk memastikan Shohoku menjadi juara kebangsaan dan sanggup berbuat apa sahaja (tanpa melanggar peraturan) untuk memastikan impian itu tercapai. Kebolehannya yang hebat menjadikan dia salah seorang center terbaik di Jepun.

Pemain-pemain Shohoku yang lain

  • Kogure Kiminobu (木暮公延), naib kapten Pasukan Shohoku.
  • Yasuda Yasuharu (安田靖春), pemain tahun kedua.
  • Shiozaki Tetsushi (潮崎哲士), pemain tahun kedua.
  • Kakuta Satoru (角田悟), pemain tahun kedua.
  • Ishii Kentarō (石井健太郎), pemain tahun pertama.
  • Sasaoka Satoru (佐々岡智), pemain tahun pertama.
  • Kuwata Toki (桑田登紀), pemain tahun pertama.

Pemain-pemain lain

  • Sendō Akira (仙道彰), pemain harapan Pasukan Ryonan.digelar genius oleh pemain ryonan tetepi tidak di sukai oleh maki yang merupakan mvp kanagawa
  • Uozumi Jun (魚住純), kapten Pasukan Ryonan.mempunyai fizikal yang menyerupai akagi
  • Kiyota Nobunaga (清田信長), pemain tahun pertama Pasukan Kainan.merupakan rookie seperti sakuragi dan rukawa.Merupakan pemain harapan pasukan kainan
  • Maki Shinichi (牧紳一), pemain terbaik Kanagawa yang juga pemain utama Pasukan Kainan.Dikenali di seluruh pelusuk jepun
  • Fujima Kenji (藤真健司), kapten dan jurulatih Pasukan Shoyo.sama hebat seperti maki.tenang tpi mampu meniupkan semangat pasukan shoyo
  • Sawakita Eiji (沢北栄治), pemain utama Pasukan Sannoh.